Tuesday, November 10, 2009

Persoalan M-L-M

SOALAN LAZIM

Soalan: Saya nak tengok anda berjaya terlebih dahulu
Jawapan : Ramai yang menyertai sekarang akan berjaya pada masa akan datang.Jika anda menangguhkan untuk menyertainya, bermakna menagguhkan kejayaan sendiri.

Soalan :Saya dah ada syarikat XYZ.
Jawapan : Bukan maksud saya supaya anda keluar dari syarikat MLM anda dan menyertai saya. Yang penting di sini ialah displin. Jika ada kemampuan dan boleh melakukan serentak, rasanya tidak ada masalah.

Soalan : Saya tak percaya MLM boleh mendatangkan kejayaan.
Jawapan : Mula-mula sekali kena percaya, jika tidak percaya memang tak akan boleh.Tapi sama dengan perniagaan lain, bulan pertama hingga 6 bulan adalah untuk latihan sambil bekerja sebelum dapat berkembang dan membina masa depan. MLM adalah perniagaan jangka panjang.

Soalan : "Saya tak ada duit la nak join..."Jawapan : Pasal takde duit la you kena join....

Soalan : Saya dah pernah menyertai. hanya dapat penat sahaja....
Jawapan: Syarikat MLM tidak sama dengan yang lain. Ada syarikat yang menjanjikan bulan dan bintang tetapi hanya dapat tahi bintang.
Ada penaja yang tak bertanggungjawap.Atau produk tak laku.Tapi sayrikat MLM yang saya sertai ini sudah menghasilkan beberapa orang jutawan dan bakal jutawan.

Soalan : "Saya tak ada masa nak jalankan biz ni..."
Jawapan : Ini la peluang you nak relax tapi duit masuk tiap-tiap hari....

Soalan : "Saya tak pandai la nak cari orang...."
Jawapan : You sanggup ke berada dalam golongan orang yang gagal, asyik mencari alasan..?!

Soalan : Saya tak tahu/tak suka menjual
Jawapan : Kebanyakan orang yang berjaya di dalam MLM mengalami masalah yang sama iaitu tidak tahu dan tidak suka menjual. Mereka menggunakannya sendiri terlebih dahulu. Oleh kerana produknya bagus, mereka memberitahu dan menggalakan kawan-kawan untuk mencuba.

Soalan : Mahallah
Jawapan: Ramai juga yang mengatakan bergitu pada mulanya. Tetapi jika di bandingkan dengan perniagaan lain, bezanya seperti langit dan bumi. Hari ini jika kita bercadang untuk membuka gerai pun sekurang-kurangnya ada tiga ribu ringgit.

Soalan : "Kalau tak jadi macam mana?"
Jawapan : Itu kalau awak fikir tak jadi...kalau jadi?

Soalan : "Saya tak minat la benda macam ni..."
Jawapan : Tu pasal tak rasa duitnya lagi... kalau dah rasa confirm minat sampai fanatik...

Soalan : "Ini bukan bidang saya... saya buat bidang saya je..."
Jawapan : Kalau saya boring hari-hari makan ayam je... bosan...

Soalan : "Boleh percaya ke nie?"
Jawapan : Saya tak perlu kepercayaan awak... tak join tak apa... tapi beza antara saya dengan awak, saya dapat duit setiap hari... tapi awak macam mana, masih buat alasan setiap hari???

Soalan : "Kalau bayar modal lambat tak pe ke?"
Jawapan : Saya tak de masalah langsung..tak bayarpun tak pe.. tapi besok jangan menyesal kalau semua kawan-kawan you dah join, semua dah dapat RM20K sebulan baru you nak buat... lambatlah...

Soalan : "Macam skim cepat kaya je nie.."
Jawapan : Ini bukan skim tapi BISNES cepat kaya...kalau skim cepat miskin you nak join ke? Tapi biz kita ada lesen, dah keluar TV, akhbar, majalah ... Dan dah terbukti ramai yang dah menjadi jutawan....

Soalan : "Kalau syarikat tutup macamana?"
Jawapan : Syarikat mana yang takde risiko tutup dalam dunia nie??

TIPS: Orang yang GAGAL merancang sebenarnya merancang utk GAGAL! Masa depan adalah masa yang akan datang. Utk masa depan yang cemerlang, tindakan MESTI bermula HARI INI! Contoh: Jika anda mahukan gigi yang putih bersih berseri & sihat sehingga diusia tua anda, kenalah mula menjaga & gosok gigi diusia muda. Jika tidak, tinggal gusi jer la nanti (kena pakai gigi palsu).Moral of the story: Usaha anda hari ini, memberi IMPAK utk hari esok! Mulakan TINDAKAN & bukannya mencipta ALASAN!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails