Saturday, March 2, 2013

15 Tips Bagaimana Nak Tukarkan Fans Kepada Pembeli


Bagaimana nak tukarkan fans kepada pembeli? Ini memang topik yang sangat-sangat dinantikan oleh ramai penjual di FB.
Dalam PM saya, di ruangan komen FB, di seminar saya, di bengkel saya, memang kerap ditanyakan soalan seperti ini. Kini, sudah tiba masanya saya menjawab persoalan ini.
Ramai yang tanya;
“Fans saya dah beribu-ribu, tapi susah nak dapat sales”
“Saya dah habis ribuan RM untuk dapatkan LIKE, tapi sales slow sangat”
“Hari-hari saya promot di FB, tapi orang LIKE saja”
“Saya dah buat macam-macam promosi, tiada sales la”
“Buat ads, hasilnya cukup-cukup cover kos iklan saja”
“Bagaimana nak dapatkan sales konsisten setiap hari dari FB?”
“Produk saya demand tinggi, orang lain jual sales mencanak-canak, tapi saya – kosong..kosong..kosong (macam lagu Najwa Latif)
Dan macam-macam lagi soalan yang kerap ditanya. Kini, saya dah kumpulkan jawapan untuk semua persoalan tersebut.
Dalam Pemasaran Facebook, terutamanya menjual melalui Fanpage, adalah sangat penting untuk kita tukarkan Fans Menjadi Pembeli! Dapat fans banyak semata-mata, tidak memadai jika anda tidak berjaya menjual kepada mereka!
Memang ramai di luar sana yang miliki jumlah fans yang besar, tapi susah untuk menjual. Ramai yang mengejar kuantiti LIKE saja tanpa memikirkan KUALITI. Jadi, di sini saya terpanggil untuk share ilmu, pengalaman dan kajian mengenainya.
Untuk menukarkan fans untuk menjadi pembeli, 15 tips di bawah bakal membantu anda.

#1: Pastikan Produk Ada ‘Permintaan’ di Facebook

Ini paling utama. Adakah produk yang anda jual di FB memiliki permintaan? Menjual produk yang tiada permintaan, diibaratkan anda menjual air aiskrim lolipop 20 cen pada orang Eskimo. (betul ke pepatah ni? ) Untuk menjual di FB, pastikan anda memiliki produk yang memiliki permintaan, ada orang nak beli. So, apa kena buat?
  • Kaji dulu permintaan terhadap produk anda dengan melakukan pemerhatian terhadap produk yang lebih kurang sama yang ada dijual di FB.
  • Buat survey dengan menanyakan fans anda samada mereka suka produk tersebut atau tidak. Gunakan ayat “Anda minat tak dengan produk A yang dapat bantu…bla..bla..bla
  • Lihat discussion di FB, blog, forum tentang produk yang sama atau lebih kurang sama.
  • Kajian keyword di pakcik google..
  • Dan banyak lagi sebenarnya…(kalau saya share, tak habis muka surat ni..hehehe)

#2: Dapatkan “Real Audiens

LISTEN..LISTEN..LISTEN! Kalau nak menjual di Fanpage, kita perlu dapatkan “the real audiens“. Apa maknanya tu? Maksudnya, anda perlu dapatkan FANS yang benar-benar berkaitan atau yang berpotensi menjadi “bakal pembeli anda”. Pemilihan audiens yang salah bakal merugikan anda!
..Takkan anda nak jual ubat kuat lelaki kepada wanita?
..Takkan anda nak jual produk bayi kepada mereka yang berumur 13-20 tahun?
..Nak jual buku resipe pada lelaki?
..Nak promosikan kedai anda di KL pada orang di Perlis?
Sebab itulah anda perlu tahu bagaimana untuk dapatkan audiens yang benar-benar bersesuaian dengan fanpage anda. Anda boleh dapatkan audien sasaran ini berdasarkan;
  • Lokasi mereka tinggal
  • Jantina mereka..Lelaki atau wanita, atau kedua-duanya (pondan tak termasuk ye..)
  • Umur mereka. Anda perlu tahu lingkungan umur mereka.Shhh..nak bagitau rahsia skit –  Pengguna FB paling ramai yang memiliki kuasa membeli adalah mereka yang berumur 25-35 tahun. (jangan bagitau orang ye)
  • Apa yang mereka minat? Ini antara “keypoint” utama dalam pemasaran Facebook. Anda boleh dapatkan audiens yang paling convert berdasarkan apa yang mereka minat. Anda boleh sasarkan audien berdasarkan jenama mereka suka, band yang mereka minati, selebriti idola mereka, aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan sebagainya.
Sebagai contoh, jika saya ingin dapatkan LIKE untuk fanpage jual Resipi Kek, saya boleh sasarkan audiens seperti di gambarajah di bawah:
Audien yang dipilih menggunakan FB Ads
Audien yang dipilih menggunakan FB Ads
Dah dapat LIKE yang betul, berkualiti, tak susah untuk anda tukarkannya kepada pembeli. Saya dapati, ramai orang buat silap semasa mendapatkan, mengumpulkan LIKE untuk fanpage mereka. Mereka tak peduli siapa yang LIKE fanpage mereka. Apa yang mereka pentingkan, adalah kuantiti LIKE! Bukannya kualiti LIKE. Tahukah anda dengan mendapatkan LIKE yang berkualiti (real audiens), anda mudah tukarkannya kepada pembeli walaupun jumlahnya kecil.

#3: Real Engagement..

Anda miliki ribuan fans? Satu soalan mudah dari saya; Bagaimana anda tarik mereka menjadi fans bagi fanpage anda? Adakah anda gunakan application yang memaksa mereka menjadi fans tanpa mereka sedari? Mereka LIKE fanpage anda kerana dipaksa? Mereka LIKE fanpage anda dengan ayat iklan FB ads anda? Atau mereka LIKE fanpage anda kerana mereka suka dengan apa yang anda tawarkan ? Mereka LIKE sebab rakan mereka LIKE? atau sebagainya..
Walauapapun yang anda buat untuk tarik LIKE, anda perlu “engage” mereka dengan cara yang jelas dan berhemah. Jika anda tarik LIKE menggunakan FB Ads, ayat iklan anda perlu jelas, dan berkaitan. Dan yang paling penting, mereka tahu bahawa mereka telah LIKE fanpage anda. Biar LIKE sikit, tapi ‘engagement‘ yang dilakukan adalah betul.
Cara penggunaan ayat "engagement' yang betul.
Cara penggunaan ayat “engagement’ yang betul dalam iklan FB.

#4: Gunakan Ayat Yang Audiens Cari

Dalam pemasaran iklan FB mahupun penulisan post-post anda di FB, anda perlu gunakan ayat-ayat yang audien mahukan. Bagaimana tu? Begini..Kalau anda dapat tahu ayat-ayat carian, ataupun keyword yang dimahukan oleh mereka, ianya adalah peluang besar untuk anda menarik mereka menjadi pembeli. Anda tahu apa mereka cari, anda pancing dengan ‘keyword carian’ tersebut.
Sebagai contoh, seorang yang ingin menguruskan badan, sudah pasti akan atau pernah mencari cara kuruskan badan, cara diet, kurangkan lemak, dan sebagainya di google. Jadi, anda sebagai penjual di fanpage, anda perlu gunakan keyword-keyword ini untuk memancing prospek anda.
“Bagaimana kita nak tahu ayat-ayat carian prospek ni?”
Haha..Ini soalan yang cukup menarik. Mudah saja, anda boleh gunakan Google Keyword External Tool untuk ketahuinya. Dari sini, anda akan ketahui  keyword yang dicari oleh prospek anda.
Carian keyword di google keyword external tool
Carian keyword di google keyword external tool
Anda senaraikan ayat-ayat ini (keyword), dan gunakannya dalam penulisan post anda mahupun penulisan ayat iklan anda. Ini mampu membuatkan fans  memberikan perhatian tentang apa yang sampaikan dan seterusnya membeli. Pancing sudah mengena!

#6: Banyakkan Penggunaan “You” Bukannya “I”

Dalam penulisan post anda mahupun iklan, kurangkan penggunaan perkataan mengenai “saya”, tapi lebihkan kepada penggunaan perkataan mengenai “anda”. Bakal pembeli anda tak suka jika anda sibuk menceritakan berkenaan diri anda, produk anda, kehebatan anda. Mereka suka jika  anda atau produk anda dapat membantu mereka. Tekankan kepada manfaat, kelebihan yang prospek bakal terima dengan pembelian dari anda.

#7: “Sell The Dream”..

Apa tu? Jual mimpi ke? Haha..Bukan! Apabila kita menjual produk kita di FB, jangan tekankan kepada harga produk, jangan tekankan tentang kehebatan produk. Apa yang perlu anda tekankan adalah – Apa manfaat yang bakal diterima prospek selepas dapatkan produk anda. Manusia secara fitrahnya lebih bermotivasi sekiranya dijanjikan apa yang mereka impikan/idamkan.
Sebagai contoh; sekiranya anda seorang penjual krim pencerah wajah, anda boleh buatkan prospek termimpi-mimpi akan wajah yang cerah, cantik menawan selepas gunakan krim yang anda jual.
Mana satu di bawah anda lebih suka?
AYAT A - “Krim AAA, produk diet paling hebat di pasaran yang dibuat dari herba. Halal, buatan Malaysia, bermutu. Kami menjualnya dengan harga termurah di pasaran”
AYAT B – “Mahukah Anda Jika Ada Krim Yang Mampu Bantu Anda Cerahkan Wajah Anda Dalam Masa 29 Hari, Dan Seterusnya Membuatkan Anda Kelihatan Cantik Setiap Masa Walaupun Tanpa Sebarang Make Up”?
Pasti anda suka ayat B bukan?

#8: Bersosial Dengan Fans

Orang masuk FB sebab apa ye? Kebanyakannya adalah untuk chit chat bersosial! “Heyyy..Kan kita ni penjual, takkan nak bersosial dengan diorang plak?” Rileks..rileks..rileks..Jangan melenting! Anda perlu tahu, tujuan awal FB ditubuhkan untuk apa? Untuk bersosial! Begitu juga sekarang ni. Apabila fans berada di fanpage anda, jangan hanya menjual semata-mata. Cubalah bersosial dengan mereka. Anda boleh tanya apa yang mereka minat, apa yang mereka buat, anda buat kuiz, anda respons pertanyaan yang dibuat dan sebagainya.
Tapi ingat! Apa-apa yang dibincangkan dalam hubungan sosial anda dengan fans perlulah berkaitan dengan niche/topik fanpage anda. Kalau tidak, fans anda akan hilang fokus. Sebagai contoh, katakanlah anda menjual produk kuruskan badan. Di samping membuat promosi berkenaan produk anda, anda boleh juga selang selikannya dengan perkongsian tips-tips diet, tips senaman, cara kira BMI dan sebagainya. Ini akan mewujudkan hubungan 2 hala antara anda dan juga fans. Dan ini seterusnya akan mempertingkatkan “Relationship” antara anda dan juga fans. Kalau relationship dah kuat, kerja menjual menjadi lebih mudah.

#9: Berikan Offer..

Anda biasa pergi ke SOGO? atau mana-mana shopping complex? Apa yang membuatkan anda tertarik untuk membeli? Jawapannya, tak lain tak bukan adalah layanan ramah awek jurujualOFFER! Semua orang sukakan offer. Tawaran diskaun, jualan mega, beli 2 dapat 1, hadiah percuma, dan sebagainya. Anda juga tawarkan offer ini khas untuk fans anda. Hanya mereka yang menjadi fans fanpage anda sahaja layak untuk terima offer dari anda ini. Anda boleh berikan produk dengan harga diskaun, freegift dan sebagainya. Tapi ingat, jangan adakan offer yang sama dengan kerap. Adakannya sekali sekala, dan tawaran tersebut hendaklah berbeza dari satu sama lain.
Untuk menambahkan keberkesanan offer anda, masukkan juga faktor ‘limitation‘ seperti kuota terhad, stok terhad, 199 pembeli terawal, sah hingga 31 Jan 2013 dan mana-mana yang bersesuaian.

#10: Tingkatkan Kepercayaan

Anda boleh tukarkan fans kepada pembeli dengan lebih mudah jika anda mampu meyakinkan atau membuatkan mereka lebih percaya dengan fanpage anda, percaya dengan anda sendiri sebagai penjual, dan juga percaya akan keberkesanan produk anda. Bagaimana anda boleh tingkatkan kepercayaan di fanpage anda? Beberapa tips di bawah boleh anda ikuti.
  • Letakkan cara hubungi anda. Dengan meletakkan no  phone anda, prospek lebih percaya dengan apa yang anda jalankan.
  • Tunjukkan gambar-gambar aktiviti berkaitan bisnes anda. Contohnya gambar melayan pelanggan, gambar membungkus barang, gambar stok sampai dan sebagainya.
  • Banyakkan testimonial di fanpage anda. Banyak testimonial, prospek lebih percaya. Gunakan testimonial yang anda terima dari FB atau dari sms. Testimonial jenis ini sangat berkesan untuk meningkatkan kepercayaan orang untuk membeli. Ianya juga dipanggil social proof.
  • Gunakan ayat yang sesuai dalam penulisan post. Ayat tak terlalu skema, dan juga tak terlalu “sms”. Jangan guna penulisan gaya ‘sms’ ye.

#11: Berikan Respons

Respons terhadap pertanyaan atau komen yang diberikan audiens di fanpage anda. Jika boleh, tag nama mereka semasa menjawab komen. Ini membuatkan mereka merasa dihargai oleh anda. Dan kepantasan anda menjawab respons juga membantu untuk mereka percaya dengan anda. Jika anda tak berkesempatan menjawab pertanyaan mereka dengan segera, pastikan anda cuba memberikan respons dalam masa 24 jam.

#12: Banyakkan Testimonial

Seperti yang dibincangkan dalam point no 8, testimonial memang sangat membantu untuk tukarkan fans kepada pembeli. Cuba update testimonial-testimonial terbaru dari masa ke semasa. Semakin kerap anda kongsikan testimonial di fanpage anda, lebih mudah untuk anda dapatkan pembeli-pembeli baru dari kalangan fans anda sendiri.
Biasanya, pembeli membeli tanpa melihat produk, tapi mereka membeli disebabkan testimonial. Disebabkan testimonial, emosi mereka bertambah kuat  untuk mendapatkan produk anda untuk merealisasikan impian mereka.

#13: Kemaskini Fanpage Dengan Konsisten

Anda juga perlu sentiasa mengemaskini fanpage anda dengan post-post terbaru. Kekerapan anda mengemaskini fanpage anda dengan menghasilkan post-post terbaru, membuatkan ianya lebih kerap dilihat atau dipaparkan pada newsfeed fans. Dan ini seterusnya membantu mereka untuk sentiasa alert dengan sebarang update dari anda. Dan tak susah untuk mereka menjadi pembeli hasil dari kemaskini yang konsisten anda jalankan.

#14: Gunakan Gambar Yang Cantik

Gambar cantik dan jelas boleh tukarkan fans menjadi pembeli? Biar betul? Ya, memang benar. Lebih-lebih lagi jika anda menjual produk pakaian. Orang lebih percaya, minat untuk membeli sesuatu produk yang cantik di mata mereka.Seperti kita pergi ke kedai pakaian, di mana kita lebih tertarik dengan model patung yang memakai pakaian berbanding dengan pakaian yang tergantung di hanger sahaja. Begitu juga di Facebook! Cuba lihat fanpage yang laris menjual pakaian, kebanyakan mereka menggunakan gambar model bersama pakaian tersebut.

#15: Perkenalkan Siapakah Anda, Brand Anda.

Point terakhir yang ingin saya kongsikan adalah, siapakah anda? Jika fans anda mengenali anda, lebih mudah untuk mereka menjadi pembeli. Anda perlu tonjolkan juga diri anda sebagai pemilik fanpage kepada fans anda. Anda boleh letakkan gambar anda, profil ringkas berkenaan diri anda. Lebih ramai fans mengenali diri anda, lebih banyak pembeli yang anda boleh perolehi. Ramai orang membeli dari orang yang mereka kenali.(termasuk brand). Jika anda mewakili satu syarikat, badan, kumpulan, tekankan tentang ‘jenama’ organisasi anda.
Itulah 15 tips yang sempat saya berikan yang mana dapat anda gunakan untuk tingkatkan lagi jualan di fanpage anda. Tukarkan fans anda kepada pembeli dengan tips-tips ini. Selamat beramal!
PS – jika bermanfaat, jemputla share di facebook anda.
rujukan: sifufbads.com

Friday, February 22, 2013

Apakah hukum MLM (Multi Level Marketing)?

 - Majlis Fatwa Kebangsaan, Jakim dan Majlis Fatwa Indonesia telah memfatwakan bahawa sistem perniagaan Multi Level Marketing (MLM) diperbolehkan oleh syariat Islam dengan syarat-syarat berikut:
a) Transaksi (akad) antara pihak penjual dan pembeli dilakukan atas dasar suka sama sukadan tidak ada paksaan.
b) Barang yang diperjualbelikan suci, bermanfaat dan telus sehingga tidak ada unsur kesamaran atau penipuan.
c) Barang tersebut diperjualbelikan dengan harga yang wajar.
Hal ini didasarkan pada firman Allah: "Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba." (al-Baqarah: 275) 

Rujukan: Ustaz Azhar Idrus

Siapa MENTOR anda??


you will learn how to:
  • Overcome rejections
  • Keep going even when your family and friends doesn't support you
  • Get out of your comfort zone
  • Identify your motivators
  • Eliminate distractions
  • Bounce back from setbacks
  • Recognize a key player 
  • Build a successful team 
  • Develop yourself as leader
  • Take your business global
  • Develop a winning strategy and more! 

Apa kata ICON JUTAWAN MLM dunia


Onyx Coale:

"Master the skill of Inviting. This is the single MOST important activity in the MLM business. When you master this skill, NO one will be able to stop your business from exploding!!!"
............................................................................................................
Onyx Coale: Master the skill of Inviting. This is the single MOST important activity in the MLM business. When you master this skill, NO one will be able to stop your businessfrom exploding!!!

"Mempunyai kepakaran untuk menarik minat/mengajak. 'Kuasa tarikan' Ini adalah kegiatan PALING penting dalam bisnis MLM. Bila Anda menguasai SIFAT ini, Tiada satu pun di dunia ini dapat menghentikan bisnis Anda dari meledak!!!"
............................................................................................................

Ruth and Jeff Elliott: Take it seriously. Look at people’s momentum and let them know you are exited. The longer you are in the business the more you learn. This is not a hobby; if you want to create a full-time income take action!
Lakukan dengan serius. Lihatlah momentum dan membiarkan mereka tahu Anda keluar. Semakin lama Anda berada dalam bisnis semakin Anda belajar. Ini bukan hobi, jika Anda ingin membuat penghasilan penuh-waktu, Ambillah tindakan!
............................................................................................................
John Sachtouras:  My first suggestion would be to write all the reasons why they want to be part of an MLM company.  Write all the goals and dreams and gather as many pictures as possible regarding the goals to create the “Dream Book”, which they need to look at it every day. This is the most important part. This is the fuel for their self-motivation.
Saya telah menulis beberapa cadangan pertama saya, mengapa saya nak buat MLM. Tulis semua tujuan dan impian dan mengumpulkan gambar impian2 sebanyak mungkin untuk menciptakan "Buku Impian", yang mereka perlu melihat setiap hari. Ini adalah bahagian yang paling penting. Ini adalah bahan bakar untuk motivasi diri mereka. Kemudian mereka harus membuat merancang tindakan kerja setiap hari, dengan fokus yang jelas dari hasilan akhir. Mereka harus mengambil tindakan besar dan ambil tanggungjawab dalam setiap acara latihan. Mereka tidak pernah harus mendengarkan orang-orang negatif, terutama mereka yang tidak memiliki apa yang mereka ingin capai. Jika mereka ingin menjadi kaya mereka harus mendengarkan dan menyalin hanya orang-orang kaya dan belajar dari mereka.

............................................................................................................
Robert Hollis: You need to have a mentor! Who is your personal coach! All professions have them you NEED to find one! Now be very coachable do what they do and don’t question what they do! Focus on getting better a small percentage everyday you just need to get better don’t compare yourself with any one!
Anda harus memiliki mentor! Siapa pelatih pribadi Anda! Semua profesion memiliki mentor Anda PERLU ada mentor! Sekarang sangat perlu latihan apa yang perlu & tidak perlu sepertimana mereka lakukan.! Fokus pada semakin meningkat baik dari sebagian kecil. Anda hanya perlu untuk mendapatkan yang lebih baik jangan membandingkan diri Anda dengan sesiapapun !
............................................................................................................
Tom Alkazin: Never, never, never give up on your DREAMS!  Your “why” or what you want this industry to do for you and your family is the ONLY thing that will sustain you! Guard it and protect it! And then go and stay plugged in to your up-line leadership and do something positive EVERYDAY to advance your business!
Elakkan, elakkan, elakkan menyerah kalah dlm mengejar impian Anda! "mengapa" "äpa" anda join inginkan industri ini berjaya untuk Anda dan keluarga Anda adalah hanya hal yang akan mendukung Anda! Menjaga dan melindunginya! Dan kemudian pergi dan tinggal terpasang untuk up-line kepemimpinan Anda dan melakukan sesuatu yang positif SETIAP HARI untuk memajukan bisnis Anda!
............................................................................................................
Ken Porter: I believe personal development is an important key in having success in MLM. Find a mentor who has what you want and follow him or her to the finish line.
Saya percaya kecermelangan pribadi adalah kunci penting dalam memiliki sukses di MLM. Cari mentor yang memiliki apa yang Anda inginkan dan ikuti dia ke garis penamat.
............................................................................................................
Matt Morris: Consider this business a profession just like becoming a doctor or a lawyer. There will be a learning curve and it may not be easy, but if there is anything worth getting good at, it’s this. Nowhere else can you make this kind of money, have this kind of time freedom, and help this many people change their life. Commit to learning the art and science of network marketing like a doctor has to learn medicine. Read everything you can on network marketing, communication skills, leadership and mindset.
Pertimbangkan bisnis ini profesi seperti menjadi dokter atau pengacara. Akan ada kurva belajar dan itu mungkin tidak mudah, tetapi jika ada sesuatu yang layak mendapatkan baik, hal ini. Tempat lain Anda bisa membuat semacam ini uang, memiliki jenis kebebasan waktu, dan membantu orang-orang ini banyak mengubah hidup mereka. Berkomitmen untuk belajar seni dan ilmu pemasaran jaringan seperti dokter harus belajar kedokteran. Membaca segala sesuatu yang Anda dapat pada jaringan pemasaran, kemampuan komunikasi, kepemimpinan dan pola pikir.

............................................................................................................
Tara Wilson: Love to train, motivate and build leaders. Become students of the Direct Selling industry, be the change you wish to see in the world.
Perasaan TERUJA/Cinta untuk melatih, memotivasi dan membangun pemimpin. Menjadi pelajar/siswa dari industri Penjualan Langsung, menjadi perubahan yang ingin Anda lihat di dunia.



Pentingnya PASIF INCOME.


Setiap perniagaan memerlukan pelaburan. Begitu juga dengan cita-cita kita untuk menjana pasif income yang steady. Cara yang paling bijak dan selamat ialah, dengan melabur untuk mengatahui "jalan pintas" bagaimana mereka yang telah berjaya melakukannya!.
Ya, saudara Shafie (penulis rahsia pasif income) adalah insan yang ingin berkongsi rahsia ini dengan kita. RM20.00 (celah gigi je kan :)) untuk mengetahui rahsia dan panduan dari Shafie (pie2020), kita anggaplah sebagai pelaburan permulaan kita. Ilmu tidak akan rugi dan tiada siapa berhak mengambil dari kita setelah kita memahaminya.
Jika setiap bulan, kita kerap menggaru kepala yang tidak gatal untuk membayar pelbagai bil utiliti, bayaran kad kredit, yuran persekolahan (tuisyen) anak-anak, hutang kereta, hutang rumah, wang pemberian untuk ibu bapa, perbelanjaan isi rumah dan lain-lain, alangkah seronoknya jika semua ini dapat ditampung dari pendapatan sampingan. 

email rajabeautiful@yahoo.com utk ebook ini RM20.

Pentingnya Menentukan Nasib Sendiri

Apa yang membedakan manusia dengan haiwan? Haiwan adalah mahluk yang menggunakan begitu saja apa yang diberikan oleh alam. Manusia adalah mahluk yang mengolah lebih dahulu melalui kerja, sehingga terbentuk bahan-bahan untuk keperluan sifatnya. Haiwan menyerahkan nasibnya pada alam, tidak dengan manusia. Manusia sejak awal adalah mahluk yang memiliki kemampuan untuk menentukan nasibnya. Masa depan bumi akan sangat ditentukan oleh manusia. Menentukan nasib sendiri adalah tindakan keluar dari kepasrahan.


ANDA YANG TENTUKAN!!!
NAK Berubah @ TAKNAK
bukan orang lain..
bukan saya , bukan company , bukan majikan , bukan emak @ ayah , bukan suami @ isteri ...tapi..
ANDA SENDIRI!!!
...U Are Decision Maker... 
Jika Anda Percaya Dengan Rezeki Allah???...Buat Keputusan SEKARANG!!!

Friday, February 1, 2013

Peluang Menjadi Usahawan

PELUANG MENJADI USAHAWAN
 
Anda bercita-cita besar dalam perniagaan?
Sudah tentu! Kerana itulah anda menjumpai artikel ini! Tetapi, apakah yang menghalang anda daripada mencapai impian tersebut? Ayuh kita nilai keperluan untuk menjadi stokis dan usahawan yang berjaya.
 
 
  • Tidak mempunyai cukup modal?
  • Tiada pengalaman?
  • Tiada produk sendiri?
  • Tiada ijazah untuk meyakinkan pelanggan?
  • Tiada sokongan untuk bergantung harapan?
 Terlalu banyak persoalan yang menghantui fikiran kita, bukan? Dan setiap persoalan yang timbul itu akan melemahkan semangat untuk kita berjuang merebut peluang yang ada.Kadangkala terasa begitu menakutkan apabila bercerita tentang modal, jumlah stok yang perlu disimpan, pasaran, tenaga kerja dan sebagainya. Tetapi apabila kita melihat kemampuan mereka yang bermula sebagai penjual nasi lemak kemudian menjadi pengusaha restoran, kita akan rasa kagum dan irihati. Persoalannya, mampukah kita menyediakan resepi-resepi yang menarik dan digemari ramai? Mampukah kita berhujan berpanas di bawah payung semasa matahari masih belum terbit diperingkat mula sedangkan dapur di rumah masih bersepah?

Persoalan-persoalan seperti inilah yang akan melemahkan semangat di peringkat permulaan.
 
 Tiada Modal?
Ingin mulakan secara kecil-kecilan? Berniaga nasi lemak bermula dengan modal yang kecil? Berniaga burger bermula dengan modal yang kecil? Jangan terkejut apabila anda dapati perniagaan seperti itu memerlukan modal yang lebih banyak daripada yang dijangkakan.
Sebagai contoh; Perniagaan kecil seperti yang saya sebutkan di atas tadi memerlukan tempat pemasaran yang strategik. Bagaimana pula dengan payung? Meja? Pengangkutan? Bahan mentah? Permit?
Dan paling malang sekali bila anda berniaga tanpa permit. Risiko disaman atau dirampas oleh pihak berkuasa tempatan. Atau kerosakan jualan yang tidak laku. Segalanya akan menjadi kos-kos luarjangka yang membebankan.
Berapa ribu ringgit yang sanggup anda pertaruhkan?
 
 Bermula dengan modal diri (diri yg nak) mampu menjadi usahawan?Mengapa tidak? Anda hanya perlu RM50.00 untuk mendaftar keahlian melalui Rangkaian kami dan anda sudah bergelar sebagai pengedar produk Syarikat HaiO !
Masih ragu lagi untuk mencari pasaran? Kami berikan anda lamanweb/Fan Pages promosi secara PERCUMA*  untuk memudahkan anda membuat promosi tanpa perlu keluar dari rumah! 

Hanya dengan RM50.00 yang pertama.
Tidak cukup lagi? Kami berikan anda alamat emel secara percuma untuk memudahkan anda menghubungi teman-teman anda! Emel hebat seperti 

Hanya dengan RM50.00 yang pertama.
Apa yang anda perlu lakukan ialah mencari sebanyak mana ahli bawahan anda (downline) dan mula menjana pendapatan melalui bonus penajaan tanpa modal!
Selebihnya anda akan memperolehi tips dan panduan bagaimana untuk memajukan diri anda sebagai bonus kami kepada ahli.
 
 Ingin Menjadi Usahawan Haio?
tidak perlukan banyak modal, ruang ataupun tenaga kerja.
  • Boleh buka booth dimana2 shj. Anda hanya perlukan kawasan sekitar 3 kaki x 2 kaki di tepi dinding bilik anda untuk menempatkan stok.
  • Anda hanya perlu bercerita dengan kawan-kawan bahawa anda adalah seorang usahawan. Sekiranya kawan anda juga seorang ahli dari rangkaian yang jauh, anda boleh menawarkan kepada mereka khidmat bekalan dengan hanya mengutip perbezaan(margin) di antara ahli dan stokis sedangkan BV masih lagi milik upline kawan anda.
  • kami membuka peluang kepada anda untuk menjadi seorang usahawan dengan modal terendah yang sukar ditolak dan tawaran-tawaran menarik untuk tempoh terhad. (Sila rujuk pada pendaftaran ahli untuk tawaran modal terbaru).
     
 Tiada pengalaman?
hampir tidak memerlukan pengalaman. Apa yang ada perlukan hanya semangat dan kerjasama dengan ahli-ahli dari rangkaian anda. Tidak banyak produk yang perlu disimpankira atau stok yang melambak yang menjadikan tugas anda semakin mudah.
Apa yang perlu anda lakukan ialah menyimpan stok, jual pada ahli atau pelanggan terus dan mengira baki stok!

Kami mengadakan BIZ Preview & biz class mingguan, pengenalan untuk anda supaya lebih memahami produk-produk hebat & cara menjalankannya.
 
 anda tidak memerlukan anda mempunyai produk anda sendiri. Produk HaiO merupakan produk yang mendapat pengiktirafan dunia dan anda hanya perlu mengedarkannya kepada ahli dan/atau pengguna.Anda tidak perlu lagi bersusah-payah untuk mendapat pengsijilan halal atau kelulusan AJL. Anda tidak perlu mempunyai kilang yang ada kelulusan atau permit kerana Haio adalah PRODUK YANG SAH!
 
 Tiada Sijil Kelayakan?
Menjadi usahawan haio tidak memerlukan ijazah, diploma dan sebagainya. Anda boleh maju dengan usaha dan ketabahan anda sehingga ke taraf Jutawan (Crown Diamond Manager= Group sales rm2juta!) walaupun anda hanya berkelulusan sekolah rendah!
Plan Pemasarannya begitu mudah untuk difahami. Kenaikan pangkat dan tambahan insentif akan melonjakkan kesungguhan anda. Malahan peluang kenaikan pangkatnya juga adalah mudah sekiranya anda dibimbing dengan betul.
 
 sokongan untuk anda . Kami akan sentiasa memantau kemajuan ahli dan membantu untuk memajukan perkembangan perniagaan anda. Kami bukan sahaja membantu anda mendapatkan downline tetapi juga mengawasi aktiviti anda. ANDA KOMIT KAMI BERI bimbingan. Adil bukan?
 
 Jangan tunggu dan lihat lagi!
Jangan rasa ragu!
Jangan rasa rendah diri!
Jangan lupa menyertai KAMI.

fOR FAST RESPONSE sms: ke 019-354.0855

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails