Tuesday, November 10, 2009

Dipetik dari CD Prof Dato' Fadzilah Kamsah


Seperti mana yang kita ketahui, Nabi s.a.w. ada bersabda "9/10 pintu rezeki itu datangnya dari perniagaan" Namun mengapa ramai orang hari ini yang berniaga atau berbiznes kenapa mereka tidak HEBAT?
Berikut adalah tips2 untuk menjadi usahawan terbilang.


Langkah Bijak Usahawan Terbilang

1. Mesti faham tentang erti kejayaan. Apakah kejayaan bermakna pada diri kita? Adakah sales yang berjuta2 or untung berlipak kali ganda?
Ingat setiap kejayaan mestilah ada matlamat, dan setiap matlamat mestilah ada tindakan. Untuk mencapai kejayaan kita mestilah pasang niat contoh

"Ya Allah ya Tuhanku jadikan aku usahawan jutawan menjelang tahun 2010"

2. Untuk berjaya mesti ada pengorbanan yang sewajarnya. Tiada kejayaan yang datang bergolek, melayang or memipih.
Apakah pengorbanan yang anda sanggup lakukan? Korban masa, korban tenaga, wang ringgit, ilmu etc. Tanpa pengorbanan anda tak mungkin akan kecapi kejayaan.

3. Yakini diri sendiri
Meyakini diri sendiri yang kita boleh melakukannya, yakin dengan apa yang kita targetkan dan disiplinkan diri.
Contoh: Kalau aku nak pergi Beijing, kurang2 aku perlu luangkan masa 6jam sehari untuk jumpa client
or " sekurang2 nya aku perlu jumpa client 3 orang dalam sehari"
Ini adalah contoh2 yang saya telah lakukan semasa nak target pergi UMRAH.


4. Set a daily target. Focus tiap2 hari, jika tiap2 hari anda cemerlang, tiap2 minggu anda akan cemerlang, tiap2 bulan akan cemerlang dan tiap2 tahun akan cemerlang. Focus on a daily target!
Ya Allah ya Tuhanku jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam, jika aku mati hari ini matikan aku dalam iman- Doa tiap2 pagi macam ni.

5. Ramai orang mudah patah semangat
Kita haruslah urus emosi kita dan minda untuk mengawal tindakan. Jika jumpa client pertama kena tolak, client ke-2 kene tolak, ke-3, ke 4 dan ke 5 kena tolak in the end kita berputus asa.
"Aku ni memang muka sweyy la... orang tgk muka aku puka 20sen" huhu
Kalau mcm ni la cara kita berfikir, tak tau la macam mana...
"Orang lain bolela.. tak tau malu"
or
"Dia cina memang la bolee"
hah takde kene mengena bangsa ke ape. ingat orang lain buat duit, kita sibuk beri ALASAN!
Kita berniaga bukannya mintak sedekah. Anda berniaga untuk cari rezeki! Ingat!
Uruskan hati dan semangat, bulatkan hati, bersangka biak terhadap Allah kerana Allah tidak akan menzalimi hambanya!

6. Pecahkan kitaran Negative
Ubahkan tindakan2 kita, pecahkan kitaran negative. Jika kita gunakan cara yang sama dan asik2 menerima rejection kita sepatutnya menggunakan alternative lain
Nabi berkata " Sebodoh2 manusia, manusia yang di patuk oleh ular yang sama di lubang yang sama berulang2 kali"
Dah terang2 kalau kita ikut the same route, and end up failure so nape nak ikut jalan yang sama lagi?
Contoh hari ni buat lauk masin, esok nak ulang resipi yang sama lagi ke tak? :P
Ubahkan sedikit pendekatan untuk ubah hasilnya. Adakah anda begitu? ;)

7. Jangan takut melakukan kesilapan dan belajarlah dari kesilapan!
Kesilapan adalah asam garam hidup, dalam hidup ini mesti ada melakukan kesilapan. . Kita lagi banyak belajar dari kesilapan dari kejayaan.
Jika kita buat sekali terus berjaya, kita tak banyak pelajari. Jika kita sesat jalan, kita akan tukar route kita supaya tak tersilap jalan or tukar laluan alternatif yang lain..
"Ooo ni lorong haji taib yaa? Oooo ni jalan TAR..."
Jadi kita tahu kita tersilap dan kita menyesali diri & belajar dari kesilapan. All this thing we learn from our mistake.


8. Sebelum kita nak jual sesuatu barang, kita perlu "jual" diri kita dulu. Penampilan kita macam mana, barang kita macam mana, packaging, price and such, cara kita bercakap macam mana etc. Upgrade diri, maniskan muka, yakinkan percakapan. Baru orang yakin.

9. Jangan segan2 bagi name card, jangan kedekut!
Mengikut kajian kita perlu bagi 5 kali name card pada potential client, jadi orang mudah ingat kita.

10. Jadikan semua orang sama hebat macam anda!
-Rakan kongsi, downlines, anak buah biz etc.
Duplicate macam anda, committed dan sunguh2.

11. Dorong dan motivasikan orang disekeliling kita including family.
Kebiasaannya suami atau isteri tidak paham tentang nature kerja kita. So kita perlu naikkan semangat supaya dia pun sama2 naik syeikh macam kita jugak!

12. Orang yang nak berjaya, kena campur gaul dengan orang2 yang telah berjaya. Ikuti jejak langkah mereka. Tanam cita2 semangat dan iltizam utk jadi seperti mereka.
Contoh idola saya ialah CDM Safiah Yosop , CDM Suhailah Yosop, CDM Jamsari and of coz my dad!
13. Rajin berkomunikasi dengan orang lain.
Mulut mesti peramah, kalau tak boleh nak cakap sms or email or chat. Macam2 cara sekarang ni nak atau tak je.


14. Sentiasa bercakap tentang apa yang anda jual dan jangan malu2.
"Saya jual product ni, dengar kabarnye ok leerrr... " kalau orang dengar camni orang lain pun tak yakin. Kita mesti yakin seyakin2 nya product kita adalah yang terbaik!

15. Untuk berjaya, kita mestilah ada ILMU.
Tanpa ilmu kita takkan ke mana2. contoh kita nak jadi engineer, kita ambil masa 5 tahun untuk perolehi ijazah kejuruteraan, nak jadi doctor 7 tahun etc.
Maka kita seharusnya meluangkan masa kurang2 sekali atau dua kali seminggu untuk membaca atau menghadiri seminar2 keusahawanan.

16. Jangan salahkan orang lain!
Bila kita gagal melakukan sesuatu perkara kita mula menyalahkan orang di sekeliling kita, salah barang yang dijual, salah company tu, salah pemimpin pendek kata salah semua orang lah. Salah sendiri tak tau pulak? Macam cerita bangau o bangau pulak.
Ingat biznes ini ialah biznes kita, kita x boleh menunding jari pada mana2 pihak. No matter what happens or how bad u want it to be, kita yang harus lakukannya!!

17. Kena beristiqamah dalam apa jua bidang sekali pun, jika kita nak berjaya takde yang on n off. or touch n go. Mesti berjuang sehingga ke titisan yang terakhir. Kadang2 Allah menguji kita sejauh mana kita bertahan. Sabar.. sabar..sabar sahaja. Yang penting lakukan yang terbaik!! Usaha mesti sungguh2.

1 comment:

  1. Salam, please remove this entry as i found out almost 90% out of the word u COPY from MY BLOG! I buat sendiri RUMUSAN dr CD USAHAWAN TERBILANG DATO DR FADILLAH KAMSAH. Have your own identity.

    Refer to:
    http://h0n3yt0th3b33.blogspot.com/2009/11/orang-lain-buat-duit-kita-sibuk-beri.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails