Tuesday, December 8, 2009

Ubah hidup anda CEPAT!


Ramai antara kita tidak membuat keputusan untuk menjadi kaya. Sudah tentunya, ramai yang mengharapkan kekayaan. Ramai juga yang mendoakan kekayaan. Tetapi langkah yang sering dilupakan adalah untuk anda membuat keputusan menjadi kaya.


Tetapkan matlamat anda untuk menjadi bebas kewangan. Tanamkan niat di hati bahawa anda akan berkorban dan berusaha untuk mencapai matlamat kewangan tersebut. Tanpa membuat keputusan, anda bagaikan berdiri ditengah-tengah pagar “Jadi kaya pun tak mengapa… tak jadi kaya pun tak mengapa”.


Mulai hari ini, tetapkan keputusan anda untuk menjadi bebas kewangan. Tetapkan keputusan untuk memulakan perniagaan. Keputusan ini akan memberi fokus kepada anda untuk mencapai matlamat anda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails