Saturday, October 3, 2009

Explore! Cuba Benda Baru!!


Manusia adalah insan yang mempunyai “habit”- sering mengulangi perkara-perkara yang sama.

Sebagai contoh, apabila pergi makan di restoran, sering kita memesan makanan yang sama, lauk yang sama dan minuman yang sama. Apabila pergi bersiar-siar, sering pergi ke shopping complex yang sama.


Dari masa ke semasa, pecahkan habit anda oleh kerana ia akan memberi momentum kepada diri anda mencuba sesuatu yang baru. Walaupun habit simple seperti memesan makanan lain, ia akan memberi a sense of “exploration” kepada diri anda.

Dan sekiranya anda sudah amat selesa dengan kerja makan gaji, apa kata pecahkan habit itu dengan membuat perancangan sebuah perniagaan. Buat perancangan sahaja… jangan pula berhenti kerja dan mulakan perniagaan terus

Latihan-latihan kecil ini akan membuka minda kita untuk explore sesuatu di luar zon selesa kita. Keluar dari zon selesa adalah langkah-langkah awal untuk mencapai kejayaan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails