Friday, February 18, 2011

Sifat-sifat Seorang JUTAWAN


Pastinya anda ingat rancangan game show yang sangat popular satu
masa dahulu. So, Who Wants To Be A Millionaire? Anda ingin menjadi
jutawan? Sekiranya YA, maka, berikut ada beberapa checklist untuk
melihat sama ada anda layak untuk jadi Jutawan!

**Jutawan kerja > 70 seminggu. Dan bila sebut kerja, ianya
betul-betul maksud kerja. Tidak membuang masa bersembang dan
melakukan aktiviti-aktiviti yang membuang masa. Sering kali, mereka
lah yang awal sampai pejabat, dan paling lewat tinggalkan pejabat.
Minda dan jiwa fokus pada kerja yang perlu dilakukan. Sekiranya
anda bekerja <40 class="yshortcuts" id="lw_1234751662_6" style="border-bottom-width: 1px; border-bottom-style: dashed; border-bottom-color: rgb(0, 102, 204); cursor: pointer; ">buat duit

banyak dengan cepat, duduk rumah goyang kaki boleh dapat duit
berjuta, dan tanpa usaha yang setimpal, wang akan jatuh ke riba
anda, maka anda silap, silap dan silap! Memikirkan bahawa terdapat
cara mudah menjana wanglah terjadinya ramai "Mat jenin jutawan"
terperangkap dengan penipuan-penipuan scam dan skim-skim cepat kaya.

Sekiranya anda setuju dengan checklist di atas, maka, selamat
datang ke
kelab jutawan! Anda telah melalui langkah pertama dan
besedia untuk "bertanding" dalam "Who Wants To Be A Millionaire"
edisi realiti. Tetapi, perlu berpijak di bumi yang nyata. Membaca
segalanya di atas dan memahaminya adalah satu perkara.

Mempraktikkan apa yang di baca dan mengaplikasikannya setiap hari
dan setiap masa, adalah perkara yang lain. Kata-kata berbunyi
"Knowledge is power" sebenarnya salah. Ilmu bukanlah satu kekuatan
dan kehebatan. Ilmu yang DIAPLIKASIKAN adalah kekuatan yang sebenar.








Rujukan-irfan khairy, ilmu2 jutawan malaysia



Sifat-sifat Seorang JUTAWAN

Pastinya anda ingat rancangan game show yang sangat popular satu
masa dahulu. So, Who Wants To Be A Millionaire? Anda ingin menjadi
jutawan? Sekiranya YA, maka, berikut ada beberapa checklist untuk
melihat sama ada anda layak untuk jadi Jutawan!

**Jutawan kerja > 70 seminggu. Dan bila sebut kerja, ianya
betul-betul maksud kerja. Tidak membuang masa bersembang dan
melakukan aktiviti-aktiviti yang membuang masa. Sering kali, mereka
lah yang awal sampai pejabat, dan paling lewat tinggalkan pejabat.
Minda dan jiwa fokus pada kerja yang perlu dilakukan. Sekiranya
anda bekerja <40 jam seminggu, maka anda perlu lipat kali gandakan
usaha anda!

**Jutawan tahu secara jelas dan terperinci apa yang diinginkan.
Matlamat mereka adalah jelas dan jitu. Matlamat mereka adalah besar
dan sukar untuk dicapai- tetapi, tidak mustahil. Mereka yakin
bahawa tidak kira besar mana pun matlamat yang di letakkan,
pastinya ia akan tercapai. Keyakinan dan kejituan diri sendiri
mengejar matlamat inilah mendahulukan mereka berbanding orang-orang
lain. Sekiranya anda tidak mempunyai matlamat yang jelas dan
terperinci, jangan teruskan bacaan anda. Berhenti dan tetapkan
matlamat terlebih dahulu!

**Jutawan tahu untuk berjaya, mereka perlu bantuan orang lain.
Bantuan dari segi ilmu, bantuan dari segi kewangan, bantuan dari
segi sokongan, bantuan dari segi tenaga, bantuan dari segi idea dan
sebagainya. 84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang
dikelilingnya. Untuk berjaya, perlu sering bersama orang-orang yang
berjaya. Sekiranya anda fikirkan anda "one man show" dan tidak
mempunyai kenalan-kenalan yang berjaya, maka, GET OUT THERE! Kenali
mereka mereka yang berjaya dan pelajari daripada mereka.

**Jutawan banyak membaca. Leaders are readers. Ilmu adalah senjata
yang paling penting bagi jutawan. Sekiranya hilang satu juta
ringgit, jutawan akan tahu cara untuk menjana dua huta ringgit lagi
kerana aset yang paling penting bagi seseorang jutawan adalah aset
ilmu di dada. Ilmu diperolehi daripada bacaan. Sekiranya anda tidak
suka membaca, ketahui bahawa anda akan ditinggalkan oleh mereka
yang banyak membaca.

**Tidak seperti sangkaan ramai, kebanyakan jutawan tidak suka
berbelanja sesuka hati. Mereka tahu betapa sukarnya untuk
memperolehi harta dan mereka sayangkan harta. Wang ringgit tidak
digunakan secara membazir. Sering kali golongan jutawan menggunakan
wang untuk membina lagi aset-aset seperti rumah, tanah dan
pelaburan. Sekiranya anda fikirkan jutawan adalah seperti yang
sering dipaparkan di kaca TV,suka membazir, maka, perbetulkan
perspektif anda dahulu. Golongan ini mungkin ada, tetapi, teramat
kecil. Mulakan langkah anda dengan tidak membazir.

**Jutawan banyak memberi. Menurut buku Dr Thomas Stanley, "The
Millionaire's Mind" antara sikap-sikap jutawan adalah suka memberi.
Hadis juga ada mengatakan bahawa sekiranya kita memberi satu dengan
ikhlas, 10 akan kembali kepada kita. Jadi, sekiranya anda jenis
kedekut dan tidak suka memberi, maka maaf, kelab jutawan bukanlah
untuk anda!

**Walaupun bukan satu kemestian, kebanyakan jutawan lahirnya dalam
bidang perniagaan. Malah, 74% Jutawan adalah hasil daripada
perniagaan. Jadi, di sini adalah klu paling besar bagaimana hendak
menjadi juatwan- mulakan perniagaan! Sekiranya anda tidak berminat
dalam perniagaan dan anda lebih suka kerja di bawah orang, maka
ianya menjadi semakin suakr untuk mencapai jutawan. Tidak mustahil,
tetapi, lebih sukar... dan mengambil masa yang lebih lama!

**Jutawan tahu bahawa ianya tiada jalan pintas untuk menjadi kaya.
Ianya perlu ilmu dan usaha keras siang dan malam. Maaf, no short
cuts here! Sekiranya anda fikir bahawa ada caranya untuk buat duit
banyak dengan cepat, duduk rumah goyang kaki boleh dapat duit
berjuta, dan tanpa usaha yang setimpal, wang akan jatuh ke riba
anda, maka anda silap, silap dan silap! Memikirkan bahawa terdapat
cara mudah menjana wanglah terjadinya ramai "Mat jenin jutawan"
terperangkap dengan penipuan-penipuan scam dan skim-skim cepat kaya.

Sekiranya anda setuju dengan checklist di atas, maka, selamat
datang ke
kelab jutawan! Anda telah melalui langkah pertama dan
besedia untuk "bertanding" dalam "Who Wants To Be A Millionaire"
edisi realiti. Tetapi, perlu berpijak di bumi yang nyata. Membaca
segalanya di atas dan memahaminya adalah satu perkara.

Mempraktikkan apa yang di baca dan mengaplikasikannya setiap hari
dan setiap masa, adalah perkara yang lain. Kata-kata berbunyi
"Knowledge is power" sebenarnya salah. Ilmu bukanlah satu kekuatan
dan kehebatan. Ilmu yang DIAPLIKASIKAN adalah kekuatan yang sebenar.


Friday, August 20, 2010

10 jenis Bala Kejayaan.

1. MENYALAHKAN ORANG LAIN

Menyalahkan orang lain adalah cara pemikiran orang primitif. Di pedalaman Afrika, kalau ada orang yang sakit, yang di fikirkan adalah: Siapakah yang menyihirnya ? Selalu”siapa” Bukan”apa” penyebabnya. Bidang kedoktoran moden selalu mencari “apa” penyebabnya, bukan “siapa”. Jadi kalau kita berfikir menyalahkan orang lain, itu sama dengan sikap primitif dan keanak-anakan. Kenapa ? Anak-anak selalu tidak pernah mahu disalahkan. Kalau ada piring yang jatuh,” Adik itu yang salah”, atau sebagainya.Kalau kita manusia yang berakal dan dewasa selalu akan mencari sebab terjadinya sesuatu.

2. MENYALAHKAN DIRI SENDIRI

Menyalahkan diri sendiri bahawa dirinya merasa tidak mampu. Anda pernah mengalaminya ? Kalau anda memberitahu tidak pernah, bererti anda bohong.”Ah, orang itu boleh, orang itu kaya, orang itu dapat naik pangkat dan sebagainya, Lihat saya ini apa ?, wah saya tidak dapat jadi seperti dia. Dia punya ijazah, saya hanya diploma. Dia ada banyak waktu, saya sibuk, sudah pasti tidak boleh”. Penyakit ini seperti kanser, bertambah besar, besar di dalam mental diri sehingga boleh mencapai “improper guilty feeling”. Penyakit ini perlahan-lahan boleh membunuh kita. Merasa “inferior”, kita tidak punya kemampuan. Kita sering membandingkan kejayaan orang lain dengan kekurangan kita, sehingga kejayaan orang lain dianggap wajar kerana mereka mempunyai sesuatu kelebihan yang kita tidak punya.


3. TIDAK PUNYA CITA-CITA

Kita sering asyik dengan kesibukan kerja, tetapi arahnya tidak jelas. Sebaiknya kita selalu mempunyai target kerja dengan milestone. Buat target jangka panjang dan jangka pendek secara bertulis. Kalau “GOAL” kita hanya untuk “FUN”, bagi mengisi waktu saja, hasilnya cuma biasa-biasa saja.

4. MEMPUNYAI CITA-CITA, TAPI SALAH MENCAPAINYA

Biasanya dialami oleh orang yang tidak “teachable”. Goalnya salah, fokus kita juga salah, jalannya juga salah, arahnya juga salah. Ibarat seorang yang mahu kaya,lalu dia pergi merompak bank yang akhirnya di tangkap polis dan di penjarakan.

5. MENGAMBIL JALAN PINTAS, SHORT CUT

Kejayaan tidak pernah dicapai dengan jalan pintas. Jalan pintas tidak membawa orang ke kejayaan yang sebenarnya, “real success”, kerana tidak mengikuti proses. Kalau kita menghindari proses, kejayaan yang di capai tidak sempurna.

6. MENGAMBIL JALAN TERLALU PANJANG, TERLALU SANTAI

Analoginya begini : Kapal terbang untuk membolehkannya take-off, harus mempunyai kecepatan minimum. Pesawat Boeing 737, untuk membuat take-off, memerlukan kecepatan minimum 300 km/jam. Jikalau kecepatan dia cuma 50 km/jam, manakan dapat untuk pesawat tersebut membuat take-off.

7. MENGABAIKAN HAL-HAL YANG KECIL

Dia mahunya yang besar-besar, yang hebat, tetapi hal-hal kecil tidak dilalukannya. Dia lupa bahawa struktur bangunan yang besar, pasti ada komponen yang kecilnya. Mahu saja yang hebat. Mengabaikan hal kecil saja tidak boleh, apatah lagi mengabaikan orang kecil.

8. TERLALU CEPAT MENYERAH

Jangan berhenti kerja pada masa percubaan 3 bulan. Bukan membuat kesalahan menjadikan seorang itu gagal tetapi berhenti pada tempat yang salah, jika kita membuat kesalahan, kita boleh memperbaikinya tetapi jika kita berhenti di tempat yang salah kita akan menyesal.

9. BAYANG-BAYANG MASA LALU

Kita selalu dipenuhi oleh memori kan? Apa yang kita lakukan, masuk memori kita, minimakan sebagai pertimbangan kita untuk langkah kita berikutnya. Apalagi kalau kita pernah gagal, tidak berani untuk mencuba lagi. Ini berkaitan dengan penyakit nombor 3. Kegagalan sebagai akibat bayang-bayang masa lalu yang tidak terselesaikan dengan semestinya. Itu bayang-bayang negatif. Memori kita kadang- kadang sangat membatasi kita untuk maju ke depan. Kita kadang-kadang lupa bahawa hidup itu maju terus. “Waktu” itu terus berjalankan? Semuanya berjalan, hidup kita pun terus berjalan juga. berlari saja ke depan, kalaupun harus jatuh, pastikan jatuh ke depan. Orang yang berjaya, pasti pernah gagal. Itu memori negatif yang menghalangi kejayaan.

10. MUDAH PUAS HATI DIRI DENGAN KEJAYAAN

Biasa disebut “Pseudo Success Syndrome”. Kita kalau pernah berjaya dengan kejayaan kecil, terus berhenti, tidak kemana-mana lagi. Sudah puas dengan kejayaan kecil tersebut. Napoleon pernah menyatakan: “Saat yang paling merbahaya datang bersama dengan kemenangan yang besar”. Itu saat yang paling merbahaya, kerana orang lupa dan mabuk kemenangan. Jangan terjebak dengan kejayaan-kejayaan yang kecil, kerana kita akan terlepas sasaran yang besar, sasaran yang jauh. Jangan berpuas diri, jangan jadi sombong, terus takabur.

Bersama2 lah kita cuba mencegah dan mengubati 10 penyakit ini agar kita mencapai apa yang kita citakan di dunia dan akhirat….amin


Share on Facebook

Thursday, July 22, 2010

Tingkatkan taraf hidup anda!

Orang Cemerlang suka lakukan apa yang orang gagal tidak suka lakukan!!
Setiap tindakan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa hingga ke akhir hayat kita....
Petikan kata-kata: Dato Dr. Mohd Fadzilah Kamsah
" Kerja Bertangguh Tak Menjadi , Kerja Bertahan Tak Tertahan..."
Orang yang hebat suka berniaga, maka untuk menjadi orang yang hebat, ceburilah bidang perniagaan. InsyaAllah suatu hari nanti anda akan menjadi orang yang cemerlang, gemilang & terbilang.
Kebanyakan antara kita masih bekerja dan berpendapatan tetap. Cuba kita imbas kembali pendapatan kita 10 tahun lepas? Jika gaji permulaan kita cuma RM1500, mungkin setelah 10 tahun bekerja gaji kita akan menjadi RM2000 sebulan tetapi ada antara kita yang kurang bernasib baik tidak langsung menerima kenaikan gaji.
  • Bilakah anda akan mendapat pendapatan RM10 000 sebulan?
  • Bilakah anda akan dapat merasa pencen lebih awal?
  • Bilakah anda akan dapat membeli kereta & rumah mewah?
  • Bilakah anda dapat bercuti & melancong ke luar negara?
  • Bilakah anda dapat melakukan ibadat Umrah & Haji?
  • Bilakah anda dapat menyimpan wang RM100 000 dalam bank?
  • Bilakah anda dapat melangsaikan semua hutang yang ada?
Persoalan diatas hanya akan terjawab dengan cara "berniaga". Sabda Nabi s.a.w, "Sembilan per sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan. Manakala hanya satu per sepuluh sahaja rezeki daripada makan gaji."....Sebab itulah, orang berniaga hidupnya berkat jika dia pandai mengurus dunia perniagaannya

Bagaimana kami dapat membantu anda merealisasikan impian anda?
Anda boleh mulakan dengan part-time. Walaupun anda masih bekerja, anda boleh berniaga pada hujung minggu atau pada malam hari untuk mencari "side income".

Hubungi kami segera!

Sunday, July 18, 2010

Doa itu SENJATA.

BILA DIGERAKKAN HATI UNTUK BERDOA
Tulisan : Pahrol Mohd Juoi

Kita berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita hendak kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui segala sesuatu. Allah Maha Mengetahui segala apa yang kita zahirkan mahupun apa yang kita sembunyikan. Jadi perlu apa lagi kita berdoa? Imam Ibn Ataillah menjawab persoalan ini dengan berkata, ??hendaknya doa permintaanmu adalah untuk menunjukkan sifat kehambaanmu dan menunaikan kewajipan terhadap kemuliaan Tuhanmu.?

Berdoa sebenarnya adalah satu tugas pengabdian. Doa adalah untuk membuktikan sifat kehambaan kita di hadapan Allah s.w.t. Dengan berdoa kita mengakui kelemahan, kemiskinan, kehinaan, kejahilan dan lain-lain sifat kehambaan kita di sisi-Nya. Sebagai hamba kita memerlukan Allah lebih daripada segala-galanya dalam hidup ini. Dan sebagai hamba kita wajib memuliakan Allah setiap masa. Inilah hakikat doa.

Dan Allah berfirman yang bermaksud: ?Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina.? (Surah Ghafir 40: 60)

Oleh sebab itu, sesiapa yang tidak berdoa, boleh dikira sombong terhadap Allah. Dia secara langsung seperti tidak mengakui sifat-sifat kehambaannya yang rendah, miskin, jahil dan hina itu. Dia seolah-olah berasa pandai, kaya, gagah dan mulia dan tidak memerlukan Allah lagi dalam kehidupan ini. Pada hal sebagai hamba Allah dia sebenarnya sangat rapuh untuk menjalani kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini.

Selagi kita sedar kedudukan kita sebagai hamba, maka selagi itulah kita akan terus berdoa kepada-Nya. Inilah prinsip yang dipegang dan diamalkan oleh orang yang hampir dengan Allah. Para Rasul, nabi dan umumnya salafussoleh pada zaman dahulu ialah orang yang membudayakan doa dalam kehidupan harian, mingguan dan tahunan pada setiap fasa kehidupan mereka. Mereka sentiasa sedar bahawa mereka ialah hamba Allah dan sebagai hamba, mereka mesti selalu berhubung dengan-Nya. Dan doa adalah ?medium? perhubungan itu.

Doa adalah cara hidup yang menjadi tradisi orang soleh. Bermula daripada bangun tidur, membersihkan diri, masuk tandas, keluar tandas, memakai baju, melihat cermin, makan, minum, memakai kasut, menaiki kenderaan, melihat pemandangan, bersin, menguap hinggalah tidur semula?semuanya ada doanya yang khusus. Malah, untuk melakukan hubungan suami isteri pun, mesti dimulakan dengan doa.

Itulah uniknya Islam berbanding dengan agama-agama yang lain. Ajaran Islam begitu kaya dengan doa. Bukan sahaja untuk melaksanakan perkara yang besar, tetapi untuk melaksanakan perkara yang dipandang remeh sekali pun, Islam mengajar kita untuk berdoa.

Allah mendidik manusia agar selalu dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Bukan itu sahaja, malah Allah mengajar manusia tentang doa yang bagaimana seharusnya diajukan kepada-Nya. Ayat-ayat al-Quran yang berupa doa ialah bukti betapa Allah begitu menitikberatkan agar manusia berdoa kepada-Nya. Tidak syak lagi, berdoa adalah satu ciri orang yang ?melalui jalan yang lurus dan diberi nikmat oleh Allah? seperti yang ditegaskan dalam surah al-Fatihah.

Para rasul dan nabi juga mendidik umatnya dengan doa. Nabi Muhammad s.a.w. khususnya, telah mengajar kita untuk berdoa pada setiap masa dan ketika. Tradisi itu diteruskan lagi oleh para sahabat, tabiin, tabi? al-tabiin dan generasi salafussoleh. Alhasil, khazanah doa sentiasa bertambah daripada satu zaman ke satu zaman.

Mengapa begitu sekali kepentingan doa kepada manusia? Ini disebabkan beberapa faktor. Antaranya termasuk:

1. Mengekalkan Hubungan dengan Allah Setiap Masa

Manusia memerlukan Allah lebih daripada segala keperluan lain. Tanpa Allah dalam hatinya, manusia umpama ikan yang ketiadaan air. Jiwanya akan mati. Manusia akan hilang ketenangan, kebahagiaan dan keharmonian walaupun dia memiliki segala-galanya. Tanpa hubungan dengan Allah yang berkekalan, manusia umpama layang-layang putus tali yang akan dihanyutkan oleh gelombang hidup tanpa arah tuju yang pasti.

Doa jua sebenarnya adalah zikir ? yakni interaksi dan komunikasi kita kepada Ilahi dengan cara yang paling harmoni. Allah memerintahkan kita agar berdoa untuk mengingati-Nya kerana dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Dan ketenangan itulah hakikatnya sebuah kebahagiaan. Demikian yang dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: ?Yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.? (Surah al-Ra?d 13: 28)

Jelas di sini, orang yang sering berdoa tidak akan dilanda stres yang melampau dan kemurungan dalam hidup. Hal ini kerana talian hayatnya sentiasa bersambung dengan Allah apatah lagi apabila dia memerlukan pertolongan. Terbukti hasil kajian dan pemerhatian sejak zaman berzaman, orang yang kuat beragama jarang sakit jiwa apatah lagi membunuh diri. Apa yang agama telah beri sehingga mereka berani menghadapi hidup ini? Ya, doa!

2. Keupayaan Melakukan Perubahan ke Arah Kebaikan Secara Berterusan

Hidup orang yang berjaya sentiasa lebih baik daripada sebelumnya. Sama ada kebaikan itu berkait dengan Allah mahupun yang berkait dengan manusia. Oleh sebab itu, manusia perlu sentiasa berubah ?daripada kurang baik kepada baik. Daripada baik kepada yang lebih baik (cemerlang).

Allah berfirman yang bermaksud: ?Dan Dia memperkenankan (doa) orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh dan menambah (pahala) kepada mereka daripada kurnia-Nya.? (Surah al-Syura 42: 26)

Doa adalah satu kunci menggamit pertolongan Allah untuk melaksanakan perubahan diri yang dimaksudkan. Doa itu harapan. Manakala usaha adalah langkah untuk merealisasikan harapan itu. Dengan berdoa kita mengharapkan sebaik takdir. Dengan berusaha kita melaksanakan sebaik tadbir. Apabila bergabung tadbir dan takdir yang baik, insya-Allah kita akan berubah ke arah yang lebih baik.

3. Didampingi oleh Malaikat dan Menghalau Syaitan

Dalam mengharungi kehidupan ini, sentiasa ada makhluk lain yang mengiringi dan mendampingi kita. Apabila kita makan tanpa berdoa misalnya, syaitan akan menumpang makan bersama kita. Akibatnya, makanan yang kita makan akan hilang keberkatannya. Tenaga yang diperoleh daripada makanan itu akan terarah kepada kejahatan dan menjadi sebab kita terjerumus ke neraka.

Syaitan akan menghasut dengan menimbulkan berapa keraguan, ketakutan, kerakusan dan lain-lain rasa yang negatif dalam hati. Inilah punca kejahatan, kegelisahan dan kegagalan dalam kehidupan seseorang. Syaitan umpama virus pada hati manusia. Jadi, hanya dengan mengingati Allah menerusi doa kita mampu menghalau syaitan yang sentiasa ingin mendampingi kita.

Sebaliknya jika kita berdoa, malaikat akan mendampingi kita dan akan memberi sarana atau input yang baik-baik ke dalam hati kita. Malaikat akan dekat kepada orang yang dekat dengan Allah. Kesannya, manusia yang sentiasa didampingi malaikat akan lebih terkawal kata-kata, pertimbangan, keputusan dan tindakan dalam hidupnya. Oleh sebab itu berdoalah, insya-Allah malaikat akan hampir, syaitan pula akan meminggir!

4. Membentangkan Masalah dengan Jelas dan Tuntas

Doa secara tidak langsung menyebabkan kita membentangkan masalah kita untuk diselesaikan. Apa sebenarnya masalah kita? Inilah langkah pertama untuk menyelesaikan sebarang masalah. Malangnya, ramai orang yang hanya gelisah tidak tentu arah apabila ditimpa masalah. Sedangkan mereka tidak tahu pun apa masalah mereka yang sebenar.

Doa telah menolong kita menukarkan masalah ke dalam bentuk perkataan. Begitu yang ditegaskan oleh pakar-pakar psikologi. Dengan berdoa, masalah yang asalnya kabur dan samar menjadi jelas dan terang. Doa adalah seperti menulis masalah kita di atas kertas. Bukankah dengan berdoa hakikatnya kita ?berkata-kata? dengan Allah.

Jadi, semasa kita bermohon, merayu, mengadu dan meluahkan segala-galanya kepada Allah, kata-kata yang kita gunakan semasa itu seperti membentangkan masalah kita secara tidak langsung. Ini akan memberi kelegaan, malah masalah yang dinyatakan dengan terang itu sudah menjadi separuh selesai!

5. Melahirkan Rasa Berkongsi Menghadapi Sebarang Kebuntuan

Menurut pakar psikologi, tidak ramai manusia yang begitu kuat sehingga mampu menanggung masalah paling sulit dan perit secara bersendirian. Ada kalanya kita sangat memerlukan insan lain untuk berkongsi rasa dengan kita. Malah dalam keadaan itu adalah lebih baik untuk menceritakan kepada orang lain akan masalah itu.

Namun ada kalanya masalah kita terlalu personal yang kita rasa malu atau enggan untuk diceritakan kepada orang lain. Kadangkala kebimbangan kita terlalu tinggi sehingga tidak dapat berbincang pun dengan saudara-saudara atau sahabat-sahabat terapat. Pada ketika itu kepada siapa kita hendak mengadu?

Ya, sudah pasti kepada Allah. Berdoalah, Allah sentiasa sedia dan setia untuk mendengarnya. Firman Allah yang bermaksud: ?Jika hamba-Ku bertanyakan kamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku sentiasa mendengar permohonan doa tatkala berdoa kepada-Ku. Oleh sebab itu, wajarlah mereka sahut seruan-Ku dan beriman dengan-Ku, semoga mereka beroleh petunjuk.? (Surah al-Baqarah 2: 186)

Berdoa memberikan kita rasa ?tidak bersendirian? dalam menghadapi sebarang kebuntuan hidup. Malah kita akan berasa keberadaan Allah bersama kita untuk berdepan dengan apa jua masalah. Benarlah kata pujangga Profesor Dr. Hamka, ?Ketika pintu di bumi sudah tertutup segalanya, pintu ke langit sentiasa terbuka!? Maksudnya, apabila manusia tidak boleh lagi diharap mendengar pengaduan kita, Allah sentiasa dekat untuk mendengar segala rintihan dan harapan.

6. Mengaktifkan Diri untuk Berusaha

Doa adalah langkah pertama dan utama ke arah suatu tindakan. Dengan berdoa, kita sebenarnya telah mengaktifkan minda dan jiwa kita untuk bertindak. Malah dengan berdoa umpama menyalakan satu jana kuasa dalam diri yang akan menghasilkan tenaga yang sangat kuat untuk meledakkan tindakan.

Terdapat saintis menyatakan bahawa doa juga adalah sejenis tenaga. Iaitu sejenis tenaga yang boleh dihasilkan dari dalam diri seseorang hasil berhubung dengan yang Maha Kuasa. Inilah hikmah mengapa Allah menyuruh kita berdoa. Kita bukan sahaja mendapat kekuatan daripada Allah, malah akan mendapat kekuatan daripada tenaga dalam diri yang telah dikurniakan oleh Allah secara tabii.

Semasa berdoa seorang manusia akan meningkatkan keupayaan tenaga mereka yang terhad dengan menyerahkan diri kepada sumber tenaga yang tidak terhad. Interaksi dan komunikasi kepada sumber tenaga yang Maha Hebat ini akan meledakkan satu kuasa yang sangat kuat. Inilah sumber tenaga dan kuasa yang dimiliki oleh para Rasul apabila berdepan dengan kuasa-kuasa besar yang menghalang kebenaran yang hendak disampaikan kepada umat mereka.

Dengan kuasa Allah impak daripada doa-doa mereka, Namrud, Firaun, Kafir Quraisy yang punya kuasa, harta dan senjata tewas apabila berdepan dengan Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w. Doa adalah antara faktor kejayaan itu. Hakikat inilah yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w menerusi sabdanya yang bermaksud: ?Doa itu adalah senjata orang Mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi.? (Riwayat al-Hakim no. 1218)

Walaupun doa itu satu senjata, tetapi jarang sekali digunakan untuk memusnahkan musuh. Sebaliknya ketika berdepan dengan kaumnya, seseorang Rasul sentiasa mendoakan agar kaumnya mendapat hidayah dan taufik daripada Allah, bukan doa menghancurkan mereka. Di Taif umpamanya, setelah Nabi Muhammad s.a.w. diusir dan dilukai, Baginda telah berdoa untuk mendapat hasil jangka panjang (yakni taufik dan hidayah kepada zuriat penduduk Taif pada masa akan datang). Baginda menolak tawaran malaikat memberikan hasil yang ?instant? iaitu dihempap gunung ke atas penduduk Taif.

7. Menghindar daripada Penyakit Fizikal

Doa bukan sahaja mampu menyihatkan hati tetapi juga menyihatkan fizikal kita. Sains perubatan berjaya memusnahkan penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus yang telah membunuh berjuta-juta manusia. Tetapi sains perubatan tidak berjaya melawan kemusnahan minda dan fizikal yang bukan disebabkan oleh virus atau bakteria. Sains tidak mampu menyekat emosi kerisauan, ketakutan, kebencian, kemurungan yang semakin menular dalam kehidupan manusia masa kini dengan pantasnya.

Semua emosi yang negatif itu memberi impak langsung kepada fizikal manusia. Apa kata Wiliam James (pakar perubatan dan psikologi) tentang risau? Beliau berkata, ?Tuhan boleh mengampuni segala dosa kita, tetapi sistem urat saraf kita tidak.? Penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, sakit kerongkong malah lumpuh juga boleh disebabkan oleh kerisauan, ketakutan dan penyakit-penyakit hati (mazmumah) yang lain.

Tetapi dengan berdoa kita boleh mengubat hati dan fikiran daripada serangan sifat-sifat mazmumah yang juga menjadi punca kepada penyakit-penyakit fizikal. Plato pernah berkata, ?Kesalahan ahli perubatan adalah cuba mengubat tubuh badan tanpa mengubat fikiran. Sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan.? Dan kesalahan ini akhirnya diakui oleh pakar perubatan moden dengan mewujudkan satu ?ubat? baru yang dikenali sebagai psikosomatik (gangguan fizikal manusia yang timbul akibat masalah psikologi, seperti rasa bimbang, takut dan lain-lain) ? ubat yang merawat fikiran dan tubuh badan.

Salah Faham Tentang Doa

Itulah antara sebab mengapa Allah perintahkan kita berdoa. Kebaikan dan manfaat doa bukan untuk Allah tetapi untuk manusia. Jika orang yang sabar, perkasa, mulia, berilmu seperti para rasul dan nabi itu pun sentiasa berdoa, apatah lagi kita yang lemah, jahil dan ?biasa-biasa? sahaja berbanding mereka.

Dengan hujah di atas, maka ternafilah anggapan negatif sesetengah pihak tentang doa. Ada pihak yang menganggap doa itu hanya satu pemberitahuan kita kepada Allah tentang apa yang mereka inginkan. Lalu apabila tidak ada apa yang diinginkan, tidak perlulah berdoa. Anggapan ternyata salah kerana doa itu bukan permohonan tetapi juga satu kewajipan. Maka berdoa itu merupakan lambang kehambaan kita kepada yang Maha Esa. Oleh sebab itu, doa perlu dilakukan setiap masa dan ketika kerana kita ialah hamba Allah selama-lamanya.

Selain itu doa juga bukan sesuatu yang pasif. Maka apabila sudah tiada usaha yang boleh dibuat lagi, menyerah dan pasrah sajalah kepada Allah. Anggapan sesetengah orang ini ternyata salah kerana doa itu sesuatu yang pro-aktif. Malah doa itu perlu dibuat sebelum kita melakukan sesuatu kerja, semasa dan selepasnya. Doa penting pada permulaan, pertengahan dan pengakhiran sesuatu tindakan.

Islam tidak mahu umatnya berdoa setelah berasa lemah. Jangan berdoa dan berharap kepada Allah hanya setelah doktor mengakui ketidakupayaannya. Tetapi berdoalah kepada Allah sebelum kita menemui doktor untuk mengubat penyakit itu. Doa sesuatu yang bersifat proaktif, bukan jumud dan pasif. Lihatlah, dengan keberkatan doalah Nabi Musa mampu berdepan dengan Firaun dan ahli sihirnya. Dengan doa juga, Nabi Ibrahim meruntuhkan berhala-berhala sembahan Namrud. Malah Nabi Muhammad berdoa ketika memulakan hijrah. Allah berfirman yang bermaksud: ?Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa.? (Surah Ibrahim 14: 39)

Oleh yang demikian tidak mungkin orang yang benar-benar berdoa untuk mendapat hidayah, rasa berat hati untuk menghadiri majlis-majlis tazkirah dan pengajian. Tidak mungkin orang yang memohon untuk mendapat rezeki yang halal, tetapi terus bermalas-malas tanpa melakukan apa-apa pekerjaan. Jadi, jagalah integriti dalam berdoa dengan menyejajarkan antara doa dengan usaha. Misalnya, janganlah setiap hari berdoa minta kesihatan tetapi terus merokok. Jika demikian, apakah kita tidak terasa yang kita sedang ?mempermainkan? doa dan kepada siapa yang kita berdoa itu?

Ingatlah bahawa perbezaan antara orang yang berdoa dengan orang yang tidak berdoa umpama orang hidup dengan orang yang mati. Dengan berdoa kita mengaktifkan tenaga dalaman kita yang mampu menghadapi apa jua masalah dan cabaran hidup. Jangan cuba hidup bersendirian kerana hidup ini perlukan teman. Dan sebaik-baik ?teman? ialah ?Teman daerah tinggi? (al-rafiq al-a?la) yang disebut berulang kali oleh Rasulullah s.a.w. menjelang wafatnya.

Jadi, berdoalah? nescaya kita tidak akan bersendirian dalam menghadapi apa jua masalah dan kebuntuan. Ada ?Teman daerah tinggi? yang setia dan sentiasa mendengarnya!

Renungkan ungkapan berikut: ?Doa diperkenankan bukan semasa kita meminta tetapi semasa kita berusaha!?

Wednesday, May 12, 2010

Fadhilat..


Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud "Barang siapa bekerja untuk anak dan isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka Pahala seperti orang yang berjihad di jalan ALLAH" - Riwayat Al-Bukhari

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails